MMRA

Pendaftaran & Pembaharuan Keahlian Kini Lebih
Mudah dan Selamat

MENGENAI KAMI

Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur didaftarkan di bawah Persuruhjay Sukan pada Mei 2020. Persatuan ini lebih dikenali dengan nama MMRA (Malaysia Motorsport Racer
Association). Tulang belakang dan ahli MMRA terdiri  daripada barisan pelumba dan bekas-bekas pelumba motorsikal professional negara.

No 7

Aktiviti Terkini

Dapatkan perkembangan dan aktiviti-aktiviti terkini persatuan dengan mudah dan cepat

Visi & Misi Kami

Visi

  • Menjadi persatuan di peringkat kebangsaan yang membela kebajikan ahlinya.
  • Terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan permotoran negara.
  • Memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan dalam industri.
  • Membangunkan bakat pelumba yang berdaya saing tinggi.
  • Meningkatkan standard profesionalisme, keselamatan dan kualiti perlumbaan.

Misi

  • Menjalin kolaborasi penuh dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam aspek teknikal dan khidmat nasihat bagi pembangunan sukan permotoran.
  • Membantu ahli berdaftar mendapatkan peluang pendapatan sampingan selain daripada aktiviti perlumbaan.
  • Bekerjasama dengan semua penggiat dan penganjur sukan bermotor dari peringkat akar umbi.
  • Memberikan latihan yang lebih efektif dan proaktif kepada ahli yang masih berlumba untuk meningkatkan daya saing.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai positif dalam sukan bermotor di Malaysia.
  • Mewujudkan akademi perlumbaan bertaraf dunia bagi melahirkan pelumba yang berkualiti dan kompetitif di peringkat nasional dan antarabangsa.

Didaftarkan di bawah Persuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan

Affiliated Member

Rakan Strategik

Ahli Gabungan

Rakan Strategik